Movi BesT!

Salam.

Baru jer layan tengok satu movi best kat dalam laptop ni haa. Tajuk die

"UNTHINKABLE"

Hmm. Cerita ni mengisahkan seorang 'mat salleh' yang beragama islam memasang tiga bom nuklear kat sekitar U.S. then dengan selamba badaknya membuat annoucement live kat dalam tv seluruh U.S. mengatakan die pasang kesemua bom nuklear tu tanpa memberitahu lokasi nyer di mana. Ape lagi bile orang U.S. dengar confirm menggelabah giler. Pastu mat salleh ni sengaja bagi diri nye ditangkap oleh U.S. Army. Agak siksa jugak mamat ni kene raging. Bukan taraf raging macam senior junior dah ni. Ni raging tahap sampai kene potong jari tangan kaki, potong kemaluan, kejutan elektrik la and macam2. Nampak sangat kekejaman orang U.S. ni.

Maklumlah, orang U.S. kan takot mati. So, hanya kerana sebab nak dapat tahu lokasi bom nuklear tu sampai habes anggota mamat tu dipotongnya. Bukan tu jerk, siap bunuh isterinya sekali. Series kejam nak mampos. Hissh. Panas jugak aku tengok. Tapi watak yang mamat tu bawak aku respek sikit sebab betol2 tak takot mati dek mempertahankan agama islam. Pastu die siap bagi syarat lagi tu. Die kata, kalau syarat2nye dapat dipenuhi, lokasi bom nuklear tu akan didedahkan. Hmm. Syaratnye ialah :

1) No further financial or military support will be given to puppet regimes and dictatorships in any islamic nations.

2) All US forces will be withdrawn from all islamic countries.

Peerrgghhh! Series aku respek giler. Tapi kalau tengok cerite ni betol2 memang nampak macam kita (islam) ni salah jek. Maklumlah, dah filem nye orang puteh punya. Haha. Pape pun. Tontonlah cerita ni or download jer kat internet. Series BEST!

Wallahualam.

-NaSh-
29 Julai 2011

Harimau KecunDang

Salam.

Alhamdulillah, selesai sudah pertempuran antara dua binatang yang aku rasa buas jugak la iaitu Harimau dan Singa. Keputusannya untuk malam ni seri 1 : 1. Hmm. Aku ni bukan lah suka sangat pun main bola. Then nak kata minat bola pun takde. So, pendapat aku ni mungkin aku sorang jer kot boleh terima. Haha. Tapi ape ade hal.

Ok. Firstly, aku nak cakap majoriti player singapore semuanya lembut2. Pastu ade pulak yang pandai berlakon. Ni kalau masuk granny award ni mahu dapat award pape kot. BULLSHIT la Singapore. Baru jatuh sikit, telanggar bahu sikit jer dah sakit bagai nak rak. Pastu banyak buang masa saje jer tak nak bagi peluang Malaysia kejar agregate. Aduyai~ Sedih betol aku tengok. Itu strategi korang rupe nye.

Then, Malaysia pulak. Jangan cepat selesa dengan keadaan bila dah goal. Sebab aku tengok permainan Malaysia sebelum Safee Sali shoot, nampak agresive dan bertenaga nye tapi bila singapore gol, nampak ketara sangat graph permainan Malaysia turun. Dengan Safee Sali mentalnye dan kecewanya. Memang banyak lagi player Malaysia kene belajar. Defense pun selalu bocor. Ade je striker singapore dapat tembus. Dan banyak jugak cubaan gol singapore. nampak sangat la defense Malaysia ni teramat lemah. Tapi yang bagusnye Malaysia ni sume player tanah air. Yang depa tu nampak sangat la import. Siap carik yang pandai berlakon lagi tu. Woha!

Takpe2. Ape pun aku rasa Harimau Malaya dah cube yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan. Orang yang takleh terima hakikat kekalahan tu la yang sebenarnya kalah. Sebab yang boleh terima adalah disebabkan mereka sedar dengan kesilapan dan cuba perbaiki di masa akan datang.

KEPUTUSAN AGGREGATE
Malaysia : 4
Singapore : 6

Hmm.
Pelik jugak aku. Tak pernah2 pulak aku duduk khusyuk depan tv tengok bola. Kalau tengok movie orang putih tu selalu la. Haha. Tetibe pulak semangat bola aku datang balik.

Pesanan buat Team Malaysia, usahlah kecewa dengan kekalahan kerana mungkin kekalahan ini akan memberi ruang untuk korang berjaya di masa akan datang. Percayalah.

Wallahualam.

-NaSh-
28 Julai 2011

RiDinG to NiLai

Salam.

Yeah! Dapat jugak aku bawak moto GT128 FL aku keluar dari Selangor untuk pertama kalinya. Haha. Kecoh giler kan. Dah memang impian aku nak ride bike aku tu jejauh. Kalau boleh memang nak pusing satu Malaysia. Cuma tunggu masa jer. Hehe.

Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat sampai. Masa nak on the way bertolak tadi aku ternampak satu exident live depan mata. Tapi just nampak sepintas lalu jek sebab aku bawak laju mase tu. Ade ke patot kereta yang tengah berderet beratur ikot lane then tetibe jer masuk len lagi satu tanpa bagi signal. Then ade pulak moto dari belakang tak sempat nak brake terlanggar kereta tu. Tercampak jugak aku tengok mamat tu. Kesian betol.

PESANAN BUAT PEMANDU YANG PERASAN BERHEMAH :
APE PUNYE PEMANDU LAH KORANG NI! LANGSUNG TAK PIKIR PASAL KESELAMATAN PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN. LAGI2 PASAL PENUNGGANG MOTO. MOTO, KALAU EXIDENT BOLEH MATI OHH~ PERSEN NYE TINGGI BERBANDING KERETA. TAPI KALAU KERETA EXIDENT, KERETANYA YANG TEROK, PEMANDUNYE BOLEH TAHAN LAGI. PIKIR LA WEI! HUHU

Actually, aku baru jer balik dari Nilai. Bukan jauh pun tapi lepas jugak sempadan Negeri Sembilan kan. Hehe. First time ride moto baru aku ni. Hmm. Best jugak dan lebih stabil bawak long distance atas highway. Tadi pun bawak balun 140km/h konsisten sampai Nilai. Ade la dalam 30-40 minit sampai sana. Aku ke sana tadi pun sebab ade kene train budak2 projek elit silat seni selangor. Game dorang weekend ni tapi dah 3 minggu tak training. Ape lagi, terus buat training Fitness Endurance. Nasib baik tengok ketahanan dorang ni boleh tahan lagi. Takde lah risau sangat. Cuma kene lebih sikit peak untuk perform mase game nanti. Insyallah.

Bertolak pulang dari Nilat menuju ke Ampang jam 12.20am then selamat sampai di rumah jam 12.55am. Alhamdulillah. Pengalaman pertama riding jejauh seorang diri di waktu malam. Memang sejuk giler mase atas highway. Naseb baek pakai glove. Kalau tak, mahu beku tangan aku ni haa. Anyway, don't tell my parent about this sebab mereka tak bagi aku riding jejauh ni. Bahaya. Lagi2 waktu malam. Hehe. Ok lah.

Wallahualam.

-NaSh-
28 Julai 2011

Gelombang Bola

Salam.

Sekarang ni kecoh betol pasal BOLA kan. Tiket untuk Perlawanan kedua Pusingan kedua Piala Dunia antara Malaysia dan Singapore dah start jual. Setakat hari ni dah 60 000 tiket habis dijual. Giler betol. Gelombang sukan Bola Sepak kat Malaysia ni dah meningkat aku rase start dari menang AFF Suzuki Cup hari tu. Kalau tak, dulu2 aku rase cam biase jer. Hmm.

AKu takde lah minat sangat bola2 ni. Setakat tengok cam gitu2 jer. Tapi macam sekarang ni orang sume dah heboh pasal nak pergi Stadium Bukit Jalil tengok Malaysia lawan Singapore esok. Pastu siaran radio pun ade jugak buat kuiz or peraduan ape entah then bile menang dapat tiket perlawanan tu. Actually bukan ade siaran langsung ke dalam tv kalau nak sangat tengok perlawanan tu.

Yerla. Orang confirm nak tengok live kat stadium lagi best kan. Tapi cube kita fikir balik macam perlawanan pertama hari tu. Mula perlawanan dalam jam 7.15mlm sampai pukul bape ntah tapi yang confirmnye lepas jam 9mlm. Rase-rasenye bape kerat jer yang sempat solat maghrib mase tu. Hmm.

Ape beza kalau tengok kat TV dan Stadium?

Kalau tengok kat TV :
- Boleh buat kerja lain pada masa yang sama. Sebagai contoh online. Hehe. Sebab tu setiap kali goal jer mesti ade update kat fb. Pastu tengok 'like' nye dah beratus-ratus. Woha!
- Dapat solat on time. Takde lah susah nak pergi carik surau nak solat. Dengan sesak nye.
- Dapat layan makan2 mase tengah tonton. Boleh buat delivery McD ke or KFC ke then makan depan TV. Tak ke best tu. Haha.
- Yang budak sekolah pulak, boleh siapkan kerja sekolah. Takde lah tertangguh-tangguh. Pastu, bile tak siap kene denda diri atas kerusi kat sekolah. Malu ohh kalau awek tengok. Woha!
- BOleh tengok player main dari jarak dekat. Maklum lah kalau duduk kat stadium tu, tak jauh ke nak tengok dorang main. Lagi2 yang dapat seat hujung2. Bapak tak layan~ Hehe.

Kalau tengok kat Stadium :
- Mesti best sebab dapat rasa keghairahan semua peminat fanatik BOLA tanah air menyokong giler2 sampai sanggup menconteng / mewarnakan muka dan badan mereka.
- Kekadang terleka bila asyik menyokong sampai terlepas solat.
- Nak beli tiketnye pun leceh giler sebab kene beratur panjang2. Haha.
- Kos tinggi sebab kena tanggung minyak and etc.
- Yang Muslim pulak senang terdedah dengan maksiat. Oppss. Maksud aku tersentuh antara bukan mahram. Yerla kan dah sesak ramai sangat orang.

Haha. Aku pun tak tahu boleh terima ke tak pendapat aku ni kan. Tapi ape pun aku tetap akan duduk kat umah sokong skuad Harimau Malaya dari rumah jer kot.

GO HARIMAU!! KITA BELASAH SINGA HABIS-HABISAN. SETAKAT ADE JAMBANG SEKELILING MUKA JER APE ADE HAL. KITE NI ADE BELANG. MOH KITE TUNJUKKAN BELANG KITE. WOHA!

Wallahualam.

-NaSh-
27 Julai 2011

Ade Handphone Macam Takde jer

Salam.

Aihh~ Bengang giler aku dengan manusia yang ade handphone tapi tak pernah nak balas or angkat bile orang contact die. Tak gune lah kalau ade handphone tapi tak gune dengan sebaiknyer der!! Buat rugi jek. Harap jer handphone mahal2 (e.g : Iphone, Blackberry, Samsung Galaxy, dll) tapi bile call tak angkat. Bengkek gile hati aku. Depa sume tak pikir ker orang yang call die ni ingat tak gune duit ker? Ingat call free2 ker? Call masuk jer mailbox dah kene potong prepaid. Sengal betol!

Kalau macam adek aku lagi best. Bile die try contact member die pastu member die tak angkat banyak kali. Dah lama2 pastu call balik and member die angkat. Tahu tak ape die cakap kat member die?

"HELLO, HAA! DAPAT JUGAK KAU ANGKAT. KAU KATNE TU? JAP2 DEKAT2 NGAN KAU ADE TONG SAMPAH TAK? KALAU ADE, KAU PERGI KAT TONG SAMPAH TU THEN KAU BUANG HANDPHONE KAU TU."

Woha!

-NaSh-
27 Julai 2011

Nenek StaBiL

Salam.

( Boleh refer post : Nenek Masuk ICU )

Baru jer balik dari melawat Nenek yang baru jer keluar dari ICU. Sekarang ni dalam keadaan stabil di Wad no. 3 Tingkat 4D, Hospital Sg. Buloh. Hmm. Mula2 tak rancang pun nak pergi melawat Nenek. Tetibe jer petang tadi ade member ajak then kebetulan pulak pada masa yang sama ramai pulak member2 lain yang dah ade kat hospital tu lawat Nenek sekali. Aku pun bergegas jugaklah ke Hospital.

Alhamdulillah, keadaan Nenek setakat ni dah stabil cuma ade jugak Nenek cerita tadi dia mula dimasukkan ke dalam ICU jam 8 malam semalam then baru jer keluar dari ICU jam 12 tengahari tadi. Bapak lama giler~ Kebetulan pulak masa aku datang melawat tu, Nenek dah ditransitkan masuk Wad biase. So, senang sikit, ramai boleh jenguk sekaligus. Sebab kalau kat ICU, hanya dibenarkan dua orang sahaja masuk nak jenguk Nenek. Hmm.

Cuma tadi mase lepas bagi makan Ubat Antibiotik, nampak Nenek mula sesak nafas. Macam siksa jugaklah tengok bayangkan nak bernafas tapi payah. Giler seram aku tengok. Nasib baek kejap jer pastu lama2 sikit dah OK. Then baru tahu dari doktor yang Nenek tak boleh minum air banyak sangat sebab boleh effect saluran pernafasan di bahagian peparunya.

Disebabkan Nenek sakit, segala perancangan kami (Team Elit Seni Selangor) yang sebelum ni rancang nak pergi bercuti di Bukit Kemensah pada esok harinya, terpaksa ditunda. Tapi aku tak kesah pun. Sebab boleh teruskan diet aku. Haha.

Akhir kata sebelum melelapkan mata yang dah lama mengantok ni,

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA SUPAYA NENEK KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIAKALA. KUATKAN DAN TABAHKAN HATI NENEK!

Wallahualam.

-NaSh-
27 Julai 2011

Ranking Universiti

Salam.

Woha! Giler ahh. Baru dapat tahu latest ranking universiti seluruh Malaysia. Tak sangka pulak Universiti aku bukan dalam kalangan top 5 Universiti Terbaik Malaysia Tahun 2011. Huhu. Tapi takpa. Yang penting ilmu yang nak dicari bukan tempat menuntutnya. Haha. Berikut adalah senarai Ranking Universiti yang aku baru dapat mase tengah sibuk online tadi. Hmm.

TOP 50 RANKING UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2011 :

1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor’s University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center

TOP 20 UNIVERSITI TERBAIK ASIA 2010 :

1. University of Hong Kong
2. The Hong Kong University of Science and Technology
3. National University of Singapore (NUS)
4. The Chinese University of Hong Kong
5. The University of Tokyo, Japan
6. Seoul National University, South Korea
7. Osaka University, Japan
8. Kyoto University, Japan
9. Tohoku University, Japan
10. Nagoya University, Japan
11. Tokyo Institute of Technology, Japan
12. Peking University, China
13. KAIST- Korea Advanced Institute of Science & Technology, South Korea
14. Pohang University of Science And Technology (POSTECH), South Korea
15. City University of Hong Kong
16. Tsinghua University, China
17. Kyushu University, Japan
18. Nanyang Technological University (NTU), Singapore
19. Yonsei University, South Korea
20. University of Tsukuba, Japan

Eh2. Satu pun universiti Malaysia takde. Hmm. Jap2. Haa! ada jugak 5 universiti Malaysia yang berjaya tersenarai dalam kalangan 100 universiti terbaik Asia. Antaranya :

Universiti Malaya (UM) adalah kedudukan tertinggi di tangga 42 (tahun 2009 #42)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada kedudukan 58 (tahun 2009 #58)
Universiti Sains Malaysia (USM) di 69 (tahun 2009 juga #69)
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di 77 (tahun 2009 #90)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan 82 (tahun 2009 #82)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di 159 (tahun 2009 #201)

RANKING UNIVERSITI TERBAIK DUNIA 2010 :

207. Universiti Malaya (sebelumnya – 180) : Mer0s0t!
263. Universiti Kebangsaan Malaysia (sebelumnya – 291)
309. Universiti Sains Malaysia (sebelumnya – 314)
319. Universiti Putra Malaysia (sebelumnya – 345)
365 Universiti Teknologi Malaysia (sebelumnya – 320) : Mer0s0t!

p/s : Haha. Sukati jer kan aku nak blame mane yang mer0s0t ni kan. Tapi yang merosot Ranking Terbaik Dunia ni kire better la dari Universiti aku yang takde langsung dalam list Ranking Universiti Terbaik Dunia ni. Woha!

Yang ni pulak Top 5 Ranking Universiti Terbaik Dunia 2010 :

1. University of Cambridge – (United Kingdom)
2. Harvard University – (United States)
3. Yale University – (United States)
4. UCL – (United Kingdom)
5. Massachusetts Institute of Technology (MIT) (United States)

Giler ahh. Sume US bolot. Tapi memang sume tu dalam list impian Universiti aku pun. Tapi dalam MIMPI la. Haha.

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

NENEK masuk ICU

Salam.

Innalillah. Datang lagi satu ujian. Hmm. Tapi bukan kat diri aku la. Actually aku baru jer dapat message dari sahabatku yang MAK coach aku atau kitorang semua panggil die 'NENEK' masuk ICU kat Hospital Sg. Buloh semalam. Ya Allah, terkejut aku dapat berita. Sedih jugak aku tengok keadaan Coach aku.

Dah lah sekarang ni die tengah sibuk memikirkan perihal penyediaan atlit elit silat seni selangor ke Kejohanan Silat Tertutup Bawah 21 Tahun (Selection SUKMA Selangor) hujung minggu ni. Pastu pulak baru jer buat perancangan nak pergi bercuti / reunion / camping untuk Team Elit Seni Selangor. Siap nak jemput batch2 silat seni dulu2. Dah siap booking sume kat Bukit Kemensah tu, then tetibe pulak NENEK jatuh sakit. Mesti die runsing giler sekarang ni. Huhu.

KEADAAN NENEK SEMALAM :
SESAK NAFAS
DIPERCAYAI MASALAH PEPARU BERAIR
TERUS DIHANTAR KE HOSPITAL SG. BULOH (MASUK ICU)

Ya Allah, Engkau berikanlah kemudahan dan ketabahan buat Coach aku dalam menempuhi UjianMu ini serta Engkau kurniakan keselamatan dan kesihatan tubuh badan kepada NENEK.
Amiin~

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

Reduce.

Salam.

Siksa jugak nak turunkan berat badan nih. Jap2, jangan ingat aku gem0k yer. Berat aku 57kg tinggi +-167m. Berat ideal 0k (-_-) Ni nak turunkan berat sebab aku atlit pencak silat. So, nak sedap perform memang kene badan ringan. Hmm.

Masuk hari ni dah dekat seminggu lebih aku tak merasa makan NASI or MEE dan makanan berminyak. Hmm, Cube teka aku makan ape setiap hari? Haha. Layan roti jek. Memang menyiksakan dan menguji mental betol. Sarapan, lunch and dinner sume layan roti jek. Setiap pagi dan petang pergi jogging kat taman. Standard Taman Metroppolitan Kepong dan Taman Tasik Titiwangsa jek. Maklumlah, sebab dari kecik dah terbiase datang kat taman2 tu. Huhu.

Arrghh. tapi aku dapat berita yang mentensionkan. Nak tau ape die. Hmm. Esok dan lusa, Team aku ade buat reunion sikit camping kat Bkt Kemensah. Giler ahh~ Mesti pelikkan. Standard orang buat reunion mesti BEST kan. Bukan pe. Aku bayangkan kalau buat reunion mesti ade BBQ punye. Dah kata BBQ mesti kene pekena makanan berLEMAK~ dan berMINYAK gak kan. Adusss~ Takkan usaha aku yang perit menurunkan hampir 3kg ni akhirnya hancos.

Actually, aku plan sebelum masuk Bulan Puasa ni, aku nak cecah berat 55kg. Sekarang ni lagi 6 hari jer lagi nak puasa. Berat still 57kg. Ade 2kg lagi nak turun. Ingat boleh la konsisten jogging and diet ni. Tapi kalo terpaksa layan BBQ mase kat reunion nanti, takkan menjadi aku turun sampai 55kg der! Argghhh. Bingung aku dibuat nyer. Nak pergi ke tak nak. Kang kalau tak pergi, ape pulak dorang kata. Yerla, dorang pun tau aku sekarang ni memang tengah cuti sampai bulan 9. Huhu.

Berat~ Oh Berat~
Kenapalah kau susah sangat nak turun.
Kan senang kalau aku kata "turun berat", kau terus turun.
Takde menyusahkan tuan kau ni haa!
Woha!

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

Plan Adhock : Uptown Shah Alam

Salam.

Tengah2 online lepas selesai solat maghrib, tetibe aku terdetik nak beli jersi kat uptown. Lantas aku terus mengajak adek aku keluar pergi uptown malam tu jugak. Hmm. Standard bile aku ajak adek aku pergi uptown, confirm dalam kepala otak die mesti uptown Danau Kota punye la. Maklumlah lokasi nyer dekat sikit dengan rumah aku. Huhu. Tapi lepas beberapa minit rancang, baru aku teringat dulu aku pernah mundar-mandir kat uptown Danau Kota untuk cari Jersi. Hmm. Memang takde pilihan yang best. Yang ade pun harga nyer tak leh bla mahal nyer sampai cecah RM25 ringgit sehelai pun ade. Last2 balek dengan tangan kosong. Mengecewakan.

So, aku dengan tetibe jer terdetik nak pergi uptown Shah Alam sebab dulu aku selalu beli Jersi kat sana. Memang banyak pilihan dan harga nyer pun berpatutan. Memang takkan menyesal punye. Hmm. So, adek aku pun ON jer. Lagipun, yang drive ke sana nyer aku jugak. Die just duduk sebelah jer teman borak2. Haha.

Sampai kat sana jer terus pergi survey kedai2 Jersi yang best. Persinggahan pertama jer dah ade pilihan hati. Cuma tak terus beli jer sebab takut lepas pusing2 nanti ade yang lagi best pulak. Tapi last2 memang beli kat situ jugak sebab kedai2 lain takde pilihan sangat. Harga sehelai patutnye RM15. Tapi sebab beli 4 helai sekaligus, dapat jugak kurang sampai RM13 sehelai. So, totalnya RM52 ringgit. Tak kesah lah. Janji hati puas. Haha.

Ade jugak lepak minum2 sikit kat Uptown Shah Alam tu sambil pekena Otak-Otak yang bernilai RM0.70 sebungkus. Giler mahal!! Ade la 7 batang jugak kitorang balun. Siap order Teh Tarik ag satu gelas. Giler betol. Maklumlah dah memang perot lapar bangat dekat seminggu lebih tak makan nasi. Haha. Dapat pulak layan cerita kat kedai makan tu cerita KL Gangster. Huhu. Bila nak bayar jer, tengok total sekali makan minum semua RM10.50. Woha! Baek makan KFC jer. Damn! Tak pasal2 keluar duet macam air jer malam tu. Balek tu sempat jugak beli dadih dulu kat jalan keluar Uptown tu. RM1.00 satu. Pastu terus gerak balik.

Sampai jer rumah dah pukul 3.30pagi. Giler ahh~ Esok pagi pukul 6.30 rancang nyer nak jogging. Tapi sekarang ni kul 4.00pagi maseh tak tido lagi. Haha. Ok lah. Gua cau dulu sebelum pape terjadi. Wassalam.

p/s : Hisshh~ Bengang jugak aku bile teringat kisah kat Uptown tadi mase nak beli sweater. Ade ke patut mase tu aku tanya orang kedai tu "Bang nak try sweater ni boleh tak?". Cube teka die cakap ape?. Hmm. "KALAU BERANI TRY ARR~" Macam siot. Dah lah cakap muka series jer. Pastu baru gelak sindir. Aiihh~ aku pikir kawasan kau jer. Kalau ni kawasan gua dah lama lu kene pancong ngan gua hidop2. Haha.

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

Intro

Salam.

Blog ni dibuat sebagai medium untuk melepaskan perasaan suka dan duka yang terbuku dalam hatiku. Kaedah penyampaiannya bergantung pada aku. Mungkin ada kekadang bila ketika aku menaip dalam keadaan marah, barangkali ada jugak keluar kata-kata yang tak molek didengar orang. So, begitulah intro post pertama untuk blog aku ni.

Tetapi, kekadang aku terfikir. Hmm. Apa motif kita buat blog. Adakah sekadar untuk orang lain baca? atau mungkin untuk kita condemn orang lain? atau mungkin saja jer buat tanpa matlamat ape-ape pun. Just untuk mencari publisiti a.k.a. menCA-PUB. Aku pun konfius jugak. Tapi ape pun nak kata blog aku ni untuk ceritakan pasal perihal hidup aku, aku rasa dah berlambak blog aku buat sebelum-sebelum ni cerita pasal aku. Mungkin blog ni memang bila aku terasa nak lepaskan stress atau tension aku berdepan dengan ujian dunia ni kot. Huhu. Ok lah. Rasa dah macam terpanjang jer. Ingat nak tulis sikit-sikit jer untuk post pertama ni. Haha.

Wallahualam.

-NaSh-
25 Julai 2011