NENEK masuk ICU

Salam.

Innalillah. Datang lagi satu ujian. Hmm. Tapi bukan kat diri aku la. Actually aku baru jer dapat message dari sahabatku yang MAK coach aku atau kitorang semua panggil die 'NENEK' masuk ICU kat Hospital Sg. Buloh semalam. Ya Allah, terkejut aku dapat berita. Sedih jugak aku tengok keadaan Coach aku.

Dah lah sekarang ni die tengah sibuk memikirkan perihal penyediaan atlit elit silat seni selangor ke Kejohanan Silat Tertutup Bawah 21 Tahun (Selection SUKMA Selangor) hujung minggu ni. Pastu pulak baru jer buat perancangan nak pergi bercuti / reunion / camping untuk Team Elit Seni Selangor. Siap nak jemput batch2 silat seni dulu2. Dah siap booking sume kat Bukit Kemensah tu, then tetibe pulak NENEK jatuh sakit. Mesti die runsing giler sekarang ni. Huhu.

KEADAAN NENEK SEMALAM :
SESAK NAFAS
DIPERCAYAI MASALAH PEPARU BERAIR
TERUS DIHANTAR KE HOSPITAL SG. BULOH (MASUK ICU)

Ya Allah, Engkau berikanlah kemudahan dan ketabahan buat Coach aku dalam menempuhi UjianMu ini serta Engkau kurniakan keselamatan dan kesihatan tubuh badan kepada NENEK.
Amiin~

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

No comments:

Post a Comment