Reduce.

Salam.

Siksa jugak nak turunkan berat badan nih. Jap2, jangan ingat aku gem0k yer. Berat aku 57kg tinggi +-167m. Berat ideal 0k (-_-) Ni nak turunkan berat sebab aku atlit pencak silat. So, nak sedap perform memang kene badan ringan. Hmm.

Masuk hari ni dah dekat seminggu lebih aku tak merasa makan NASI or MEE dan makanan berminyak. Hmm, Cube teka aku makan ape setiap hari? Haha. Layan roti jek. Memang menyiksakan dan menguji mental betol. Sarapan, lunch and dinner sume layan roti jek. Setiap pagi dan petang pergi jogging kat taman. Standard Taman Metroppolitan Kepong dan Taman Tasik Titiwangsa jek. Maklumlah, sebab dari kecik dah terbiase datang kat taman2 tu. Huhu.

Arrghh. tapi aku dapat berita yang mentensionkan. Nak tau ape die. Hmm. Esok dan lusa, Team aku ade buat reunion sikit camping kat Bkt Kemensah. Giler ahh~ Mesti pelikkan. Standard orang buat reunion mesti BEST kan. Bukan pe. Aku bayangkan kalau buat reunion mesti ade BBQ punye. Dah kata BBQ mesti kene pekena makanan berLEMAK~ dan berMINYAK gak kan. Adusss~ Takkan usaha aku yang perit menurunkan hampir 3kg ni akhirnya hancos.

Actually, aku plan sebelum masuk Bulan Puasa ni, aku nak cecah berat 55kg. Sekarang ni lagi 6 hari jer lagi nak puasa. Berat still 57kg. Ade 2kg lagi nak turun. Ingat boleh la konsisten jogging and diet ni. Tapi kalo terpaksa layan BBQ mase kat reunion nanti, takkan menjadi aku turun sampai 55kg der! Argghhh. Bingung aku dibuat nyer. Nak pergi ke tak nak. Kang kalau tak pergi, ape pulak dorang kata. Yerla, dorang pun tau aku sekarang ni memang tengah cuti sampai bulan 9. Huhu.

Berat~ Oh Berat~
Kenapalah kau susah sangat nak turun.
Kan senang kalau aku kata "turun berat", kau terus turun.
Takde menyusahkan tuan kau ni haa!
Woha!

Wallahualam.

-NaSh-
26 Julai 2011

No comments:

Post a Comment