Gelombang Bola

Salam.

Sekarang ni kecoh betol pasal BOLA kan. Tiket untuk Perlawanan kedua Pusingan kedua Piala Dunia antara Malaysia dan Singapore dah start jual. Setakat hari ni dah 60 000 tiket habis dijual. Giler betol. Gelombang sukan Bola Sepak kat Malaysia ni dah meningkat aku rase start dari menang AFF Suzuki Cup hari tu. Kalau tak, dulu2 aku rase cam biase jer. Hmm.

AKu takde lah minat sangat bola2 ni. Setakat tengok cam gitu2 jer. Tapi macam sekarang ni orang sume dah heboh pasal nak pergi Stadium Bukit Jalil tengok Malaysia lawan Singapore esok. Pastu siaran radio pun ade jugak buat kuiz or peraduan ape entah then bile menang dapat tiket perlawanan tu. Actually bukan ade siaran langsung ke dalam tv kalau nak sangat tengok perlawanan tu.

Yerla. Orang confirm nak tengok live kat stadium lagi best kan. Tapi cube kita fikir balik macam perlawanan pertama hari tu. Mula perlawanan dalam jam 7.15mlm sampai pukul bape ntah tapi yang confirmnye lepas jam 9mlm. Rase-rasenye bape kerat jer yang sempat solat maghrib mase tu. Hmm.

Ape beza kalau tengok kat TV dan Stadium?

Kalau tengok kat TV :
- Boleh buat kerja lain pada masa yang sama. Sebagai contoh online. Hehe. Sebab tu setiap kali goal jer mesti ade update kat fb. Pastu tengok 'like' nye dah beratus-ratus. Woha!
- Dapat solat on time. Takde lah susah nak pergi carik surau nak solat. Dengan sesak nye.
- Dapat layan makan2 mase tengah tonton. Boleh buat delivery McD ke or KFC ke then makan depan TV. Tak ke best tu. Haha.
- Yang budak sekolah pulak, boleh siapkan kerja sekolah. Takde lah tertangguh-tangguh. Pastu, bile tak siap kene denda diri atas kerusi kat sekolah. Malu ohh kalau awek tengok. Woha!
- BOleh tengok player main dari jarak dekat. Maklum lah kalau duduk kat stadium tu, tak jauh ke nak tengok dorang main. Lagi2 yang dapat seat hujung2. Bapak tak layan~ Hehe.

Kalau tengok kat Stadium :
- Mesti best sebab dapat rasa keghairahan semua peminat fanatik BOLA tanah air menyokong giler2 sampai sanggup menconteng / mewarnakan muka dan badan mereka.
- Kekadang terleka bila asyik menyokong sampai terlepas solat.
- Nak beli tiketnye pun leceh giler sebab kene beratur panjang2. Haha.
- Kos tinggi sebab kena tanggung minyak and etc.
- Yang Muslim pulak senang terdedah dengan maksiat. Oppss. Maksud aku tersentuh antara bukan mahram. Yerla kan dah sesak ramai sangat orang.

Haha. Aku pun tak tahu boleh terima ke tak pendapat aku ni kan. Tapi ape pun aku tetap akan duduk kat umah sokong skuad Harimau Malaya dari rumah jer kot.

GO HARIMAU!! KITA BELASAH SINGA HABIS-HABISAN. SETAKAT ADE JAMBANG SEKELILING MUKA JER APE ADE HAL. KITE NI ADE BELANG. MOH KITE TUNJUKKAN BELANG KITE. WOHA!

Wallahualam.

-NaSh-
27 Julai 2011

No comments:

Post a Comment