Intro

Salam.

Blog ni dibuat sebagai medium untuk melepaskan perasaan suka dan duka yang terbuku dalam hatiku. Kaedah penyampaiannya bergantung pada aku. Mungkin ada kekadang bila ketika aku menaip dalam keadaan marah, barangkali ada jugak keluar kata-kata yang tak molek didengar orang. So, begitulah intro post pertama untuk blog aku ni.

Tetapi, kekadang aku terfikir. Hmm. Apa motif kita buat blog. Adakah sekadar untuk orang lain baca? atau mungkin untuk kita condemn orang lain? atau mungkin saja jer buat tanpa matlamat ape-ape pun. Just untuk mencari publisiti a.k.a. menCA-PUB. Aku pun konfius jugak. Tapi ape pun nak kata blog aku ni untuk ceritakan pasal perihal hidup aku, aku rasa dah berlambak blog aku buat sebelum-sebelum ni cerita pasal aku. Mungkin blog ni memang bila aku terasa nak lepaskan stress atau tension aku berdepan dengan ujian dunia ni kot. Huhu. Ok lah. Rasa dah macam terpanjang jer. Ingat nak tulis sikit-sikit jer untuk post pertama ni. Haha.

Wallahualam.

-NaSh-
25 Julai 2011

No comments:

Post a Comment