Nenek StaBiL

Salam.

( Boleh refer post : Nenek Masuk ICU )

Baru jer balik dari melawat Nenek yang baru jer keluar dari ICU. Sekarang ni dalam keadaan stabil di Wad no. 3 Tingkat 4D, Hospital Sg. Buloh. Hmm. Mula2 tak rancang pun nak pergi melawat Nenek. Tetibe jer petang tadi ade member ajak then kebetulan pulak pada masa yang sama ramai pulak member2 lain yang dah ade kat hospital tu lawat Nenek sekali. Aku pun bergegas jugaklah ke Hospital.

Alhamdulillah, keadaan Nenek setakat ni dah stabil cuma ade jugak Nenek cerita tadi dia mula dimasukkan ke dalam ICU jam 8 malam semalam then baru jer keluar dari ICU jam 12 tengahari tadi. Bapak lama giler~ Kebetulan pulak masa aku datang melawat tu, Nenek dah ditransitkan masuk Wad biase. So, senang sikit, ramai boleh jenguk sekaligus. Sebab kalau kat ICU, hanya dibenarkan dua orang sahaja masuk nak jenguk Nenek. Hmm.

Cuma tadi mase lepas bagi makan Ubat Antibiotik, nampak Nenek mula sesak nafas. Macam siksa jugaklah tengok bayangkan nak bernafas tapi payah. Giler seram aku tengok. Nasib baek kejap jer pastu lama2 sikit dah OK. Then baru tahu dari doktor yang Nenek tak boleh minum air banyak sangat sebab boleh effect saluran pernafasan di bahagian peparunya.

Disebabkan Nenek sakit, segala perancangan kami (Team Elit Seni Selangor) yang sebelum ni rancang nak pergi bercuti di Bukit Kemensah pada esok harinya, terpaksa ditunda. Tapi aku tak kesah pun. Sebab boleh teruskan diet aku. Haha.

Akhir kata sebelum melelapkan mata yang dah lama mengantok ni,

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA SUPAYA NENEK KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIAKALA. KUATKAN DAN TABAHKAN HATI NENEK!

Wallahualam.

-NaSh-
27 Julai 2011

No comments:

Post a Comment