Harimau KecunDang

Salam.

Alhamdulillah, selesai sudah pertempuran antara dua binatang yang aku rasa buas jugak la iaitu Harimau dan Singa. Keputusannya untuk malam ni seri 1 : 1. Hmm. Aku ni bukan lah suka sangat pun main bola. Then nak kata minat bola pun takde. So, pendapat aku ni mungkin aku sorang jer kot boleh terima. Haha. Tapi ape ade hal.

Ok. Firstly, aku nak cakap majoriti player singapore semuanya lembut2. Pastu ade pulak yang pandai berlakon. Ni kalau masuk granny award ni mahu dapat award pape kot. BULLSHIT la Singapore. Baru jatuh sikit, telanggar bahu sikit jer dah sakit bagai nak rak. Pastu banyak buang masa saje jer tak nak bagi peluang Malaysia kejar agregate. Aduyai~ Sedih betol aku tengok. Itu strategi korang rupe nye.

Then, Malaysia pulak. Jangan cepat selesa dengan keadaan bila dah goal. Sebab aku tengok permainan Malaysia sebelum Safee Sali shoot, nampak agresive dan bertenaga nye tapi bila singapore gol, nampak ketara sangat graph permainan Malaysia turun. Dengan Safee Sali mentalnye dan kecewanya. Memang banyak lagi player Malaysia kene belajar. Defense pun selalu bocor. Ade je striker singapore dapat tembus. Dan banyak jugak cubaan gol singapore. nampak sangat la defense Malaysia ni teramat lemah. Tapi yang bagusnye Malaysia ni sume player tanah air. Yang depa tu nampak sangat la import. Siap carik yang pandai berlakon lagi tu. Woha!

Takpe2. Ape pun aku rasa Harimau Malaya dah cube yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan. Orang yang takleh terima hakikat kekalahan tu la yang sebenarnya kalah. Sebab yang boleh terima adalah disebabkan mereka sedar dengan kesilapan dan cuba perbaiki di masa akan datang.

KEPUTUSAN AGGREGATE
Malaysia : 4
Singapore : 6

Hmm.
Pelik jugak aku. Tak pernah2 pulak aku duduk khusyuk depan tv tengok bola. Kalau tengok movie orang putih tu selalu la. Haha. Tetibe pulak semangat bola aku datang balik.

Pesanan buat Team Malaysia, usahlah kecewa dengan kekalahan kerana mungkin kekalahan ini akan memberi ruang untuk korang berjaya di masa akan datang. Percayalah.

Wallahualam.

-NaSh-
28 Julai 2011

No comments:

Post a Comment