Movi BesT!

Salam.

Baru jer layan tengok satu movi best kat dalam laptop ni haa. Tajuk die

"UNTHINKABLE"

Hmm. Cerita ni mengisahkan seorang 'mat salleh' yang beragama islam memasang tiga bom nuklear kat sekitar U.S. then dengan selamba badaknya membuat annoucement live kat dalam tv seluruh U.S. mengatakan die pasang kesemua bom nuklear tu tanpa memberitahu lokasi nyer di mana. Ape lagi bile orang U.S. dengar confirm menggelabah giler. Pastu mat salleh ni sengaja bagi diri nye ditangkap oleh U.S. Army. Agak siksa jugak mamat ni kene raging. Bukan taraf raging macam senior junior dah ni. Ni raging tahap sampai kene potong jari tangan kaki, potong kemaluan, kejutan elektrik la and macam2. Nampak sangat kekejaman orang U.S. ni.

Maklumlah, orang U.S. kan takot mati. So, hanya kerana sebab nak dapat tahu lokasi bom nuklear tu sampai habes anggota mamat tu dipotongnya. Bukan tu jerk, siap bunuh isterinya sekali. Series kejam nak mampos. Hissh. Panas jugak aku tengok. Tapi watak yang mamat tu bawak aku respek sikit sebab betol2 tak takot mati dek mempertahankan agama islam. Pastu die siap bagi syarat lagi tu. Die kata, kalau syarat2nye dapat dipenuhi, lokasi bom nuklear tu akan didedahkan. Hmm. Syaratnye ialah :

1) No further financial or military support will be given to puppet regimes and dictatorships in any islamic nations.

2) All US forces will be withdrawn from all islamic countries.

Peerrgghhh! Series aku respek giler. Tapi kalau tengok cerite ni betol2 memang nampak macam kita (islam) ni salah jek. Maklumlah, dah filem nye orang puteh punya. Haha. Pape pun. Tontonlah cerita ni or download jer kat internet. Series BEST!

Wallahualam.

-NaSh-
29 Julai 2011

4 comments:

  1. ada pula mat saleh nk buat filem menggambarkan kekejaman diaorang ya?

    ReplyDelete
  2. mungkin bagi dorang kekejaman tu bertempat kot. kekejaman membinasa umat islam. agaknye lah. hee.

    ReplyDelete
  3. silalah download di internet ek. Hehe.

    ReplyDelete